Bersyukur Atas Nikmat
Bersyukur Atas Nikmat Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih dan tenang. Jiwa yang bersih dan tenang akan semakin dekat dan ingat kepada Allah SWT. وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا یَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّی غَنِیࣱّ كَرِیمࣱ "...Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah" (Surah an-Naml ayat 40). Orang yang memperolehi nikmat dan bersyukur dengan nikmat, dia akan menggunakan segala nikmat tersebut untuk beribadat kepada Allah. Jika nikmat yang dimiliki dalam bentuk harta, dia akan menggunakannya untuk membantu orang yang memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang tua dan sebagainya. Jika nikmat dalam bentuk kesihatan, dia akan menggunakan sebaik mungkin untuk beribadat kepada Allah seperti mengerjakan solat, puasa, zikir, membaca ...